Assalamualaikum.
Salam ceria pagi Rabu...
Sabtu ini, 8 September 2007, mulai jam 8.00 pagi saya akan berada di Taman Pengkalan Batu untuk mengadili Pertandingan Masakan dan Gubahan Daerah Kelang. Inilah acara setiap tahun yg mengketengahkan bakat-bakat remaja/wanita/lelaki yg gemar memasak dan menggubah. Ramai lagi chef/selebriti chef/penggubah tersohor yg akan berada di sana.
Jadi Juri pertandingan memasak memang best sebab dapat merasa pelbagai jenis masakan tapi kalau yg terlalu pedas tu, sampai sakit perut dibuatnya... yg terlalu masin pulak, tak tertelan tapi muka kena maintain cool, sebab peserta akan perhatikan setiap saat. Muka berkerut tandanya tak sedap la, jadi, Juri kena 'berlakon' sikit...bak kata orang, cover...!!
Selalunya, kalau dalam pertandingan memasak, peserta terlupa nak bubuh garam dan mereka sering terlupa nak rasa dulu sebelum hidangkan... maklumlah, suspense gitu.
Bye.