Salam ceria.
Kelmarin di Tmn Pengkalan Batu, saya dengan Chef Ali dari UiTM mengadili kategori Masakan Utama - nasi, gulai drpd ikan, sayur drpd umbut atau rebung, sambal belacan dan minuman. Aduh, berpeluh Chef Ali kena pedas sambal belacan! Bayangkan, kena rasa 20 jenis sambal. Percaya atau tak, hampir 15 tu, masin bangat, sih... ada satu sambal pulak, pahit. Ni mesti kes belacan hangus...Dalam banyak2 tu, ada 3 atau 4 yang sedap jugak rasanya terutama gulai lemak umbut. Mujur saya tak sakit perut hari ni.
Ada 2 atau 3 yg menarik persembahan dan rasa boleh tahan, tapi kena disqualified awal2 sebab telah mencelur rebung/umbut di rumah. Ini memang mengingkari syarat2 pertandingan - hanya boleh potong/cincang/kisar di rumah. Merebus/menumis dsbnya kena buat di tempat pertandingan kerana masa yg diberi 1 jam 30 minit! Hanya dikehendaki masak ikan, sayur dan tumbuk sambal. Ada yg dah siap dalam 45 minit...hmm. Iyalah, simple aje masakannya, rata2 buat asam pedas, masak lemak, kari, panggang ikan bersumbat, kerabu...
Jika nak dapat markah lebih dalam pertandingan masakan:
(1) kena ada kerjasama antara kedua-dua peserta,
(2) jangan letak bahan dalam plastik - mesti bekas bertutup
(3) jangan alas tempat memasak dengan suratkhabar
(4) jangan pakai barang kemas semasa memasak
(5) semua bekas yg dah diguna, disimpan terus, jangan berselerak
(6) tempat bekerja (tepi/bawah meja) kena kemas
(7) kalau nak goreng ikan, jangan balikkan pakai sudu, dik...bawa sudip
(8) muka biar ceria, ada peserta langsung tak senyum masa memasak, err, hakim pun takut nak dekat!
(9) banyak lagi...lain kali, eik?
16:49
Posted at 03:35 pm by norzailina