|
|
|
Thursday, August 30, 2007
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 50.
I have not been feeling well for the past week. That's the reason why I tak update this blog. Ni pun belum 'merdeka' daripada batuk & selesema also a slight fever. Everyone thinks its because of the weather. Siang terlalu panas; malam terlalu sejuk sehingga air paip terasa macam air ais! Freaking weather, they say. Its the global warming. Earthquakes, floods, fires, you name it, the World has got it...Tuhan menduga manusia.
I think, actually, I sakit ni sebab terlalu taksub menulis. Jam 3 pagi dah terbangun, buat kopi, menghadap pc. Ni 'penyakit' penulis ~ tak boleh tidur bila dalam kepala ada watak-watak novel sedang berdialog, ada bunyi-bunyian gendang & rebana; ada pemandangan di dalam hutan yg penuh misteri...its like this ~ living in an imaginary world emotionally, but being here & now physically. Memang sukar.
Kadang2 makan pun 'tak sempurna' & cepat2 rush untuk siapkan kerja...dihantui, itulah perkataan yg tepat. Penulis dalam keadaan ni, sangat sensitif kerana sensitiviti diperlukan bila berkarya. Ada ketikanya penulis terbawa-bawa ke alam halusinasi, terapung-apung antara realiti & fantasi.
And I miss him so much...!
18:55
Posted at 05:42 pm by norzailina
Permalink
Thursday, August 23, 2007

Siapa nak belajar buat Kek Fondan ini? 
Posted at 08:30 pm by norzailina
Permalink
Monday, August 20, 2007
Assalamualaikum.
Menarik! Itulah kesimpulan yg dapat saya berikan setelah berakhirnya Kongres Patriotisme Remaja 2007 yg berlangsung Sabtu dan Ahad lepas di PICC (Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya). Bukan mudah untuk menceritakan perasaan berada di dewan besar bersama 1500 peserta lain. Usia mereka yg ada di situ pula, dari penuntut sekolah menengah sehingga kepada guru-guru, tokoh-tokoh masyarakat, menteri-menteri yg telah bersara, pegawai-pegawai atasan Kerajaan dsbnya. Pendekata, usia mereka antara 13 hingga 80 tahun! Di situ berkumpul tiga generasi - datuk, bapa, cucu!
Semuanya ingin sama-sama membuktikan betapa pentingnya PATRIOTISME. Malah YAB Perdana Menteri telah berucap daripada hatinya sendiri, tanpa menggunakan teks. Beliau telah berkongsi pengalamannya daripada kecil sehingga ke peringkat sekolah dan suasana masyarakat serta politik ketika menyambut Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Generasi yg hidup sebelum dan semasa 1957 telah menunjukkan nilai patriotisme yg tinggi terhadap negara. Ketika itu, mereka berganding bahu kerana tidak ingin dijajah. Bagaimana pula kita - yg lahir setelah Kemerdekaan - mempamerkan sikap patriotisme kita terhadap negara? Apakah kita hanya mengejar harta kekayaan pada zaman siber ni dan mengketepikan nilai-nilai murni, adab pergaulan masyarakat berbilang kaum dan TOLERANSI sesama manusia? Fikirkanlah...
Kesimpulannya, tidak harus wujud jurang pemisah antara berbilang kaum, jangan hanya mempamerkan perpaduan secara lahiriah saja tetapi hendaklah dengan sepenuh jiwa. Jika kita tidak "memperbaiki" keadaan sekarang, bagaimana nanti nasib anak-anak dan cucu-cucu kita? Malah, dengan kehidupan manusia kini yg sanggup membunuh kerana wang atau hanya kerana sesuatu yg remeh-temeh, saya setuju dengan perumpamaan: To Die Is EASY But To Get A Parking Space Is HARD.
REMEMBER: In A War, Nobody Wins.
10:07
Posted at 08:54 am by norzailina
Permalink
Tuesday, August 14, 2007
Salam penuh ceria. Semoga sihat sejahtera.
Seronok! Satu perkataan cukup memadai untuk menceritakan pengalaman berbengkel. Banyak panduan yg berguna untuk terus menghasilkan karya yg lebih mantap dan berwibawa, insyaAllah. Ramai kenalan baru yg telah, sedang dan akan sama-sama merealisasikan matlamat bengkel tersebut. Alhamdulillah, bengkel bukan setakat menjadi medan pembelajaran ilmiah daripada Sdr Faisal Tehrani (dan Pn Zaharah Nawawi - sesi terakhir ) tetapi juga arena untuk penulis "yg sudah lama" berkongsi pengalaman dengan "yg baru".

Posted at 10:35 am by norzailina
Permalink
Monday, August 06, 2007
Salam untuk semua. Ceria dan bersyukur selalu hendaknya!
Jumaat ini saya dan beberapa novelis akan berkampung di Hotel Mandarin Court sempena Bengkel Penghayatan Puitika Sastera Penulisan Kreatif. Nampaknya dah tiba masa untuk menimba ilmu daripada tokok-tokoh yg terbilang/mereka yg berpengalaman. Semoga apa jua manfaat yg diperolehi kelak dapat disalurkan demi menghasilkan karya yg lebih dinamik...cewah. Bukan nak ampu tapi mungkin bila kita lebih terdedah dengan bengkel, fikiran kita akan lebih terbuka. Kadangkala untuk kebaikan, kadangkala sekadar mendengar buah fikiran org lain dan menapis apa yg perlu untuk kegunaan diri sendiri.
Sabtu depan saya dijemput pula ke Kongres Patriotisme Remaja 2007 yg akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Kongres selama 2 hari itu, antara lain agendanya, pembentangan kertas kerja. Topik yg menarik tentulah: *Peranan Badan Korporat Memujuk Semangat Patriotisme *Ke arah Penubuhan Majlis Patriotisme Malaysia *Patriotisme Kemandirian Kita *Pengalaman dan Perjuangan - Proses Membina Patriotisme di Kalangan Remaja
Minggu sebelum berKongres di PICC saya ada shooting masakan dgn 2 buah majalah (13 masakan semuanya). Jadi, I will be looking forward to the session in Putrajaya, bertemu dgn 'orang2 yg berbeza'...mungkin salah seorang daripada mereka bakal menjadi HERO dalam novel saya yg akan datang, hehe!
15:11
Posted at 02:00 pm by norzailina
Permalink
Tuesday, July 31, 2007

Lazimnya, char kuey teow pilihan utama di gerai-gerai selain daripada mi sup atau nasi goreng. Ada dua jenis iaitu char kuey teow basah dan kering. Yang basah tentulah berkuah. Manakala yang kering lebih mirip kepada kuey teow kerang yang selalu dijual di merata pasar malam. Sesetengah orang juga mengenalinya dengan nama Penang Kuey Teow.
Kerang adalah kemestian dalam menggoreng kuey teow. Sama seperti udang untuk mi goreng. Perkara utama yang mesti diketahui tentang kerang adalah masa merebus. Selepas dibersihkan, letak kerang (tanpa air) di dalam periuk atau kuali. Setelah itu, tutup kemas. Kerang akan masak dengan airnya sendiri! Dengan cara ini, kemanisan kerang juga tidak akan hilang ke dalam air rebusan itu.
Sebaik saja kulitnya ternganga, padamkan api dan biar 1 minit. Kemudian buka penutup. Biar sejuk sedikit sebelum dikupas. Jika masih ada lumpur terlekat, bilas dengan air paip. Kaedahnya adalah meletakkan kerang ke dalam penapis. Buka air paip. Kemudian kocak atau goyang penapis supaya semua kerang 'dibilas' oleh air. Cara ini juga dikenali dengan 'cuci dengan air lalu'.
Char kuey teow juga tidak sempurna tanpa tauge. 'Teman mesra' tauge pula ialah daun kucai. Namun begitu, tidak salah jika menggantikan kucai dengan daun bawang. Hanya rasanya yang tidak begitu 'original' atau asli. Buangkan ekor tauge dan kulit kacang hijau yang mungkin terlekat pada 'kepala' tauge.
Untuk menjimatkan masa, kadangkala saya membuang ekor tauge di dalam kereta (tapi bukan sambil memandulah). Ini bagus untuk mengisi masa terutama jikalau trafik sesak. Lagipun bagi kebanyakan orang, membuang ekor tauge adalah sesuatu yang amat leceh atau membosankan. Jadi, menghabiskan masa di dalam kereta dengan cara membuang ekor tauge memang menarik. Bayangkan, bila sampai di rumah, boleh terus menggoreng char kuey teow!
Faktor utama bila memasak char kuey teow adalah kepantasan. Api mesti kuat. Gunakan senduk kayu jika lebih selesa. Sudip, terutama yang tangkainya runcing dan batangnya 'lembik' menyukarkan anda mengacaunya laju-laju.
Kuali pula hendaklah cukup lebar untuk mengacau deras. Lebih mudah jika bahagian dasar kuali sedikit rata. Dengan cara ini, lebih mudah 'menolak ke tepi' semua bahan sebelum memasukkan telur. Jika tidak yakin untuk memecahkan telur terus ke dalam kuali, pecahkan dulu ke dalam mangkuk tetapi tidak perlu dipukul terlebih dulu.
Bagi yang tidak suka telur banyak, boleh kurangkan ke satu biji saja. Manakala yang lebih suka berkuah, tambah sedikit air lagi. Sekiranya anda mempunyai banyak masa, boleh dibahagikan bahan-bahan menjadi dua. Kemudian goreng satu bahagian saja pada satu masa. Ini akan menjamin gorengan lebih 'mesra' kerana tidak terlalu banyak untuk dikacau sekaligus.
Saya lebih gemar 'menceraikan' lapisan kuey teow sebelum mula menggoreng. Dengan cara ini, anda tidak akan terkocoh-kocoh mengacau supaya ia sebati dan sosnya rata. Jikalau sos terlalu banyak dan anda lambat mengangkat kuey teow daripada kuali, ia mungkin kembang dan tidak nampak sempurna.
Elakkan dari mengacau terlalu lama di atas api kerana kuey teow mungkin hancur menjadi kepingan. Ini sangat 'merbahaya' jika sos pula banyak. Kuey teow bukan saja hancur tetapi jadi lembik macam bubur pula! Jadi, ingatlah panduan ini.
Setelah mencampurkan telur, padamkan api. Namun masih perlu mengacaunya. Kepanasan kuey teow itu sendiri akan membuat telur masak. Jika dibiarkan terlalu lama di atas api, telur menjadi terlalu masak dan bertukar menjadi cebisan keras. Ini merosakkan rasa char kuey teow.
Untuk rasa yang lebih 'mewah', boleh campurkan dengan udang sedang tetapi sebaik-baiknya, celur terlebih dulu udang tersebut. Boleh juga bubuh bebola ikan atau kek ikan, jika suka. Resepi ini sesuai untuk hidangan 4 orang dewasa.
CHAR KUEY TEOW
4 sudu makan minyak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1½ sudu makan pes cili
500 gm kuey teow
300 gm kerang - direbus & kupas
6 tangkai daun kucai, dihiris 2 cm
150 gm taugeh - dibuang ekor
2 biji telur
Garam secukup rasa
Bahan Sos (campur):
3 sudu besar sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh kicap pekat
4 sudu makan air
Cara membuat:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga harum.
Masukkan pes cili, kacau sebentar. Bubuh bahan sos, kacau.
3. Bila mendidih, bubuh kuey teow, kerang, kucai dan taugeh. Balik-balikkan.
4. Kaup semua bahan ke tepi kuali, pecahkan telur di tengahnya.
5. Kacau semuanya sekali cepat-cepat kemudian angkat.
21:29
Posted at 08:22 pm by norzailina
Permalink
Monday, July 23, 2007
Assalamualaikum.
1. Bolehkah seseorang menjadi penulis tanpa menghadiri Bengkel Penulisan? Jawabnya, boleh TETAPI dia mesti tahu: ~ format untuk mengirimkan karya ke penerbitan (font, langkau baris, bab baru mesti bermula di mukasurat baru dll) ~ panjang karya (atau jumlah perkataan) ~ kehendak Penerbit yg berbeza antara satu dengan lain ~ lain2 hal berkaitan karyanya
2. Pernahkah saya menghadiri Bengkel Penulisan? Ketika mula2 terjun dlm bidang penulisan, saya memilih genre CERPEN. Hantar ke majalah/akhbar dan masuk pertandingan. Masa tu, zaman 1985/86, belum banyak Bengkel Penulisan (yg ada mungkin kelolaan DBP tapi saya pun tiada peluang mengikutinya). So, hantar suka2 dan ada cerpen yg menang. Dari situ barulah saya mulai 'serius' sikit dlm penulisan kerana karya seolah-olah mendapat pengikhtirafan. Bila mengajar di Perlis tahun 1987/88, saya sertai Pers.Penulis Perlis di bawah Rejab F.I dan Fawana. Di situlah bengkel penulisan yg pertama. Kemudian ada beberapa bengkel lagi anjuran Alaf 21, PTS, dan akhir sekali Bengkel Penulisan Novel Sejarah (2006).
3. Berkongsi pengalaman menjadi penulis. Pengalaman? Banyak ni...sehinggakan tak tahu nak bermula di mana. Kalau nak diikutkan, pengalaman dari cerpen pertama saya di majalah Keluarga (1980) masa usia saya 18 tahun. Novel pertama saya dgn Berita Publishing pula terbit pada 1994. Saya tulis 8 novel dgn mereka. Untuk setiap novel kisah cinta, saya lakukan banyak penyelidikan dulu yg berkaitan dgn watak, contohnya heronya seorang Jurutera Pelabuhan - saya buat temujanji dgn seorang jurutera di Pelabuhan Kelang dan bertanyakan semua hal berkaitan pekerjaannya. Begitu juga seorang Doktor Sakitpuan, atau Jurufoto. Malah, melalui novel Impian Terindah, saya berpeluang berjumpa dengan Angkasawan Negara. Saya juga pernah menjejakkan kaki ke Bkt Aman untuk temujanji dgn seorang Pendakwaraya! Interesting, bukan?
4. Nasihat... Carilah cerita yg belum pernah dikisahkan oleh penulis lain. Buat plot (rangka cerita dari bab1-60, misalnya) Lakukan research yg berkaitan (kini mudah kerana dah ada internet), dulu saya terpaksa ke perpustakaan berhari-hari! Atur jadual menulis (5-6 jam sehari atau 5 helai sehari) Tetapkan date-line (tarikh berpatutan untuk selesaikan, contohnya, kalau menulis 10 helai sehari, untuk novel 600 muka, mungkin 60 hari atau 2 bulan). Ini ikut kemampuan diri, jangan paksa.
Selamat berkarya!
Posted at 12:47 pm by norzailina
Permalink
Friday, July 20, 2007
Salam Jumaat.
Jika selama ini bila membeli barangan makanan / ubatan / alat solek tertentu, kita tertanya-tanya apakah bahan E*** (kod) yg tertera di antara bahan2 biasa / lain yg kita tahu. Sekarang dah disebarkan, kod2 tertentu itu (rujuk di bawah) menunjukkan ia diperbuat daripada bahan (sumber haiwan) yg tidak HALAL. Jadi, hindarilah.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493, E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
13:29
Posted at 12:19 pm by norzailina
Permalink
|
|
|
LAMAN WEB
--------------------------
-
Norzailina.com
-
norzailina@yahoo.com
NOVEL
--------------------------
Mannequin (Antologi)

Arca Impian

Sewangi Kasih

Semarak Rindu

Ilusi Semurni Hati

Karma

Neraca Sukma

Arca Impian 2

Carissima

Zuriat

Utkmu Permata Hatiku

Arca Kasih

Mercu Kasih

Nilai Jiwa

Suatu Kebenaran

Mencari Erti

Arjuna Hati

Sewangi Kasih -
Konflik Terakhir

Getaran Rindu

Akan Datang - 2007!
|