BUKU MASAKAN
--------------------------
Resepi Pilihan Keluarga


Juadah Istimewa
Musim Perayaan

 
Masakan Aneka Asean


Masakan Mudah
  Sekeluarga


Resepi Istimewa & Mudah


Sajian Pedas & Berempah


Masakan Popular Malaysia


Belajar Memasak


Hidangan Kurma


Masakan Kuih Melayu
  (Versi Melayu & Inggeris)


Savouring Bread Dishes


Over The Top (Cakes)


Variasi Masakan Utara


Variasi Masakan Selatan


Variasi Masakan
  Pantai Timur


Rahsia Dapur (koleksi
  Soal Jawab Masakan)

Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:

rss feed
 

 

   
Monday, October 01, 2007
011007

Assalamualaikum semua.

Mulai hari ini, Isnin 1 Oktober 2007, saya telah berpindah ke http://norzailina.wordpress.com

Sila berkunjung ke sana untuk berinteraksi, ok? Ia lebih sistematik dan anda boleh browse (click column on the left) untuk melihat koleksi novel/buku masakan dll.

See you there!
Take care & have a great day today!

07:52


Posted at 06:48 am by norzailina
Comments (2)  

Thursday, September 27, 2007
Anak Hilang?

Anak hilang?
Setiap ibubapa mungkin ada pengalaman masing-masing, kan?
Ingin saya kongsi pengalaman saya sendiri.

Ia terjadi sekitar 1991. Anak lelaki saya berumur 3 tahun lebih. Adik perempuannya, baru beberapa bulan (yg saya tolak dalam stroller). Kami bertiga ke kedai runcit (dekat kawasan perumahan, kira-kira 10-15 minit berjalan kaki). Memang selalu la pergi, melalui jalan taman perumahan yang tak berapa busy tapi kena melintas satu jalan yang sibuk (betul-betul depan rumah).

Waktu tu dalam jam 4 petang. Cuaca mendung. Saya masuk ke kedai sambil tolak stroller. Memikirkan bahawa anak lelaki saya tentu ikut di belakang, saya terus ke hujung rak untuk cari barang. Silap saya tak menoleh ke arahnya (untuk pastikan dia benar-benar ikut). Rupa-rupanya, bila dia masuk ke kedai, dia tak nampak saya di celah-celah rak tu. Dia fikir, saya dah balik dan tinggalkan dia di kedai. Jadi...dia pun keluar dari kedai tu. (Kalau dia menangis kan saya akan dengar? Nak dijadikan cerita, dia memang pendiam/tak banyak cakap - sampai sekarang umur 19...!!)

Yg saya ni, lepas belek-belek barang, teringatkan anak. Toleh sana, toleh sini. Astaghfirullah, mana pulak budak ni! Saya mulai panik. Dunia rasa macam lintang-pukang. Entah berapa kali area kedai-kedai (2 blok) tu saya keliling cari anak saya (macam orang gila) dan tanya pada orang yg saya jumpa. Bila tak jumpa juga anak saya, saya terus balik. Hajat memang nak call suami bila sampai di rumah.

Masa tu hujan gerimis la pulak. Saya melangkah dengan laju ikut jalan depan sederet rumah teres (yg kami lalui masa datang tadi). Tiba-tiba saya dengar suara seorang wanita panggil dari halaman salah sebuah rumah di situ. "Eh, tunggu! Tunggu!! Ni anak awak...!"

Alangkah leganya saya bila ternampak anak saya bersama wanita tu. Rupa-rupanya dia memang jaga beberapa orang kanak-kanak lagi (ala-ala taska kecil-kecilan gitu). Saya terus menghampiri rumah tu. Kata wanita tu, bila ternampak saya melintas kat depan rumah tu, anak saya terus panggil "Mak...mak!".

Mujurlah ada wanita yg prihatin. Dia kata dia nampak anak saya berjalan seorang, terus panggil dia masuk ke halaman rumahnya. Alhamdulillah. Bila saya tanyakan anak saya bagaimana dia boleh sampai kat situ, dia kata dia nak balik sebab dia fikir saya dah balik...bayangkan anak sekecil tu nak melintas jalan yg sibuk pulak! Setiap kali teringat peristiwa tu, saya rasa cemas sangat..!!

07:06

 


Posted at 05:40 am by norzailina
Comments (8)  

Tuesday, September 18, 2007
senandung selasa

Salam manis.

Hari ni dah masuk hari ke-6 kita puasa. Kat KL petang2 sentiasa mendung atau berhujan, puasa pun "rileks" aje. Kalian tentulah terbayangkan apa yg saya masak hari2, kan? Almaklum, bulan puasa ni tekak nak makan semua benda...hehe.

Tahun ni, awal2 lagi kat rumah ni ada undang-undang. Laa...pulak dah! Nasi cuma weekend aje. Hari2 lain tak kira berbuka atau bersahur, kena kuey teow, mi, bihun, yee mee, mi siput, spageti, macaroni dsbnya. Maka jenuh jugaklah saya memikirkan apa nak masak sebab kalau bab lauk-pauk dengan nasi, no problem. Banyak boleh divariasikan. Kalau bab mi-mi ni, limited sangat.

Oklah, mi goreng basah, bihun sup, spageti goreng, kuey teow ladna, macaroni bakar, pusing2 kut tu jugak la. Yee mee paling sesuai hotplate. Bihun boleh makan dengan steamboat kalau tak digoreng atau disupkan! Hah, satu lagi - dadar atau lempeng, boleh makan cicah kari atau rendang. Roti, croissant, capati - juga dicicah. Memang interesting. Hendak2nya time masak Western - roast chicken, fish-n-chips, steak...psst, tak banyak buang masa di dapur, memanggang terus boleh masukkan ke dalam oven. Almaklum siang2 saya pulun depan pc.

Masa berbuka pula selain kurma adalah juadah manis. Hari tu saya buat bubur anak lebah, trifle, kuih sagu...tapi kalau dah ada makanan heavy macam paha kambing bakar, tak payah makan benda lain dah..! Oh ya, berbuka petang nanti? Emm, bihun sup, buah melaka dengan puyuh goreng (untuk ratah).

Salam Ramadhan.

 


Posted at 07:16 am by norzailina
Comments (2)  

Wednesday, September 12, 2007
120907

SELAMAT BERPUASA!!

Jika HARTA adalah RACUN,
ZAKATlah penawarnya,
jika UMUR adalah DOSA,
maka TAQWA & TAUBAT ubatnya,
jika seluruh BULAN adalah NODA
maka RAMADHAN pemutihnya.

Pesanan Imam Al-Ghazali:
"Yang jauh itu MASA,
yang dekat itu MATI,
yang besar itu NAFSU,
yang berat itu AMANAH,
dan yang indah itu SOLAT."

13:13


Posted at 12:09 pm by norzailina
Make a comment  

Sunday, September 09, 2007
090907

Salam ceria.

Kelmarin di Tmn Pengkalan Batu, saya dengan Chef Ali dari UiTM mengadili kategori Masakan Utama - nasi, gulai drpd ikan, sayur drpd umbut atau rebung, sambal belacan dan minuman. Aduh, berpeluh Chef Ali kena pedas sambal belacan! Bayangkan, kena rasa 20 jenis sambal. Percaya atau tak, hampir 15 tu, masin bangat, sih... ada satu sambal pulak, pahit. Ni mesti kes belacan hangus...Dalam banyak2 tu, ada 3 atau 4 yang sedap jugak rasanya terutama gulai lemak umbut. Mujur saya tak sakit perut hari ni.

Ada 2 atau 3 yg menarik persembahan dan rasa boleh tahan, tapi kena disqualified awal2 sebab telah mencelur rebung/umbut di rumah. Ini memang mengingkari syarat2 pertandingan - hanya boleh potong/cincang/kisar di rumah. Merebus/menumis dsbnya kena buat di tempat pertandingan kerana masa yg diberi 1 jam 30 minit! Hanya dikehendaki masak ikan, sayur dan tumbuk sambal. Ada yg dah siap dalam 45 minit...hmm. Iyalah, simple aje masakannya, rata2 buat asam pedas, masak lemak, kari, panggang ikan bersumbat, kerabu...

Jika nak dapat markah lebih dalam pertandingan masakan:
(1) kena ada kerjasama antara kedua-dua peserta,
(2) jangan letak bahan dalam plastik - mesti bekas bertutup
(3) jangan alas tempat memasak dengan suratkhabar
(4) jangan pakai barang kemas semasa memasak
(5) semua bekas yg dah diguna, disimpan terus, jangan berselerak
(6) tempat bekerja (tepi/bawah meja) kena kemas
(7) kalau nak goreng ikan, jangan balikkan pakai sudu, dik...bawa sudip
(8) muka biar ceria, ada peserta langsung tak senyum masa memasak, err, hakim pun takut nak dekat!
(9) banyak lagi...lain kali, eik?

16:49 


Posted at 03:35 pm by norzailina
Make a comment  

Wednesday, September 05, 2007
Juri Oh Juri

Assalamualaikum.
Salam ceria pagi Rabu...

Sabtu ini, 8 September 2007, mulai jam 8.00 pagi saya akan berada di Taman Pengkalan Batu untuk mengadili Pertandingan Masakan dan Gubahan Daerah Kelang. Inilah acara setiap tahun yg mengketengahkan bakat-bakat remaja/wanita/lelaki yg gemar memasak dan menggubah. Ramai lagi chef/selebriti chef/penggubah tersohor yg akan berada di sana.

Jadi Juri pertandingan memasak memang best sebab dapat merasa pelbagai jenis masakan tapi kalau yg terlalu pedas tu, sampai sakit perut dibuatnya... yg terlalu masin pulak, tak tertelan tapi muka kena maintain cool, sebab peserta akan perhatikan setiap saat. Muka berkerut tandanya tak sedap la, jadi, Juri kena 'berlakon' sikit...bak kata orang, cover...!!

Selalunya, kalau dalam pertandingan memasak, peserta terlupa nak bubuh garam dan mereka sering terlupa nak rasa dulu sebelum hidangkan... maklumlah, suspense gitu.

Bye.

 


Posted at 08:55 am by norzailina
Comments (5)  

Thursday, August 30, 2007
Merdeka!!

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 50.

I have not been feeling well for the past week. That's the reason why I tak update this blog. Ni pun belum 'merdeka' daripada batuk & selesema also a slight fever. Everyone thinks its because of the weather. Siang terlalu panas; malam terlalu sejuk sehingga air paip terasa macam air ais! Freaking weather, they say. Its the global warming. Earthquakes, floods, fires, you name it, the World has got it...Tuhan menduga manusia.

I think, actually, I sakit ni sebab terlalu taksub menulis. Jam 3 pagi dah terbangun, buat kopi, menghadap pc. Ni 'penyakit' penulis ~ tak boleh tidur bila dalam kepala ada watak-watak novel sedang berdialog, ada bunyi-bunyian gendang & rebana; ada pemandangan di dalam hutan yg penuh misteri...its like this ~ living in an imaginary world emotionally, but being here & now physically. Memang sukar.

Kadang2 makan pun 'tak sempurna' & cepat2 rush untuk siapkan kerja...dihantui, itulah perkataan yg tepat. Penulis dalam keadaan ni, sangat sensitif kerana sensitiviti diperlukan bila berkarya. Ada ketikanya penulis terbawa-bawa ke alam halusinasi, terapung-apung antara realiti & fantasi.

And I miss him so much...!

18:55


Posted at 05:42 pm by norzailina
Make a comment  

Thursday, August 23, 2007
Cantik dipandang...


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Siapa nak belajar buat Kek Fondan ini? Shocked


Posted at 08:30 pm by norzailina
Comments (11)  

Next Page
 


LAMAN WEB
--------------------------
- Norzailina.com
- norzailina@yahoo.com

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30

NOVEL
--------------------------

Mannequin (Antologi)

Arca Impian


Sewangi Kasih


Semarak Rindu


Ilusi Semurni Hati


Karma


Neraca Sukma


Arca Impian 2


Carissima


Zuriat


Utkmu Permata Hatiku


Arca Kasih


Mercu Kasih


Nilai Jiwa


Suatu Kebenaran


Mencari Erti

Arjuna Hati


Sewangi Kasih -
  Konflik Terakhir


Getaran Rindu

Akan Datang - 2007!