|
Anak hilang? Ia terjadi sekitar 1991. Anak lelaki saya berumur 3 tahun lebih. Adik perempuannya, baru beberapa bulan (yg saya tolak dalam stroller). Kami bertiga ke kedai runcit (dekat kawasan perumahan, kira-kira 10-15 minit berjalan kaki). Memang selalu la pergi, melalui jalan taman perumahan yang tak berapa busy tapi kena melintas satu jalan yang sibuk (betul-betul depan rumah). Waktu tu dalam jam 4 petang. Cuaca mendung. Saya masuk ke kedai sambil tolak stroller. Memikirkan bahawa anak lelaki saya tentu ikut di belakang, saya terus ke hujung rak untuk cari barang. Silap saya tak menoleh ke arahnya (untuk pastikan dia benar-benar ikut). Rupa-rupanya, bila dia masuk ke kedai, dia tak nampak saya di celah-celah rak tu. Dia fikir, saya dah balik dan tinggalkan dia di kedai. Jadi...dia pun keluar dari kedai tu. (Kalau dia menangis kan saya akan dengar? Nak dijadikan cerita, dia memang pendiam/tak banyak cakap - sampai sekarang umur 19...!!) Yg saya ni, lepas belek-belek barang, teringatkan anak. Toleh sana, toleh sini. Astaghfirullah, mana pulak budak ni! Saya mulai panik. Dunia rasa macam lintang-pukang. Entah berapa kali area kedai-kedai (2 blok) tu saya keliling cari anak saya (macam orang gila) dan tanya pada orang yg saya jumpa. Bila tak jumpa juga anak saya, saya terus balik. Hajat memang nak call suami bila sampai di rumah. Masa tu hujan gerimis la pulak. Saya melangkah dengan laju ikut jalan depan sederet rumah teres (yg kami lalui masa datang tadi). Tiba-tiba saya dengar suara seorang wanita panggil dari halaman salah sebuah rumah di situ. "Eh, tunggu! Tunggu!! Ni anak awak...!" Alangkah leganya saya bila ternampak anak saya bersama wanita tu. Rupa-rupanya dia memang jaga beberapa orang kanak-kanak lagi (ala-ala taska kecil-kecilan gitu). Saya terus menghampiri rumah tu. Kata wanita tu, bila ternampak saya melintas kat depan rumah tu, anak saya terus panggil "Mak...mak!". Mujurlah ada wanita yg prihatin. Dia kata dia nampak anak saya berjalan seorang, terus panggil dia masuk ke halaman rumahnya. Alhamdulillah. Bila saya tanyakan anak saya bagaimana dia boleh sampai kat situ, dia kata dia nak balik sebab dia fikir saya dah balik...bayangkan anak sekecil tu nak melintas jalan yg sibuk pulak! Setiap kali teringat peristiwa tu, saya rasa cemas sangat..!! 07:06
|
| fire suppression system June 30, 2009 10:37 AM PDT pengalaman dan satu tanggujawab | ||
| sprinkler system June 29, 2009 02:54 PM PDT nak menjaga anak nukan satu tanggung jawab yang senang | ||
| malaysia web design June 29, 2009 10:11 AM PDT best gak cerita ni | ||
| Name June 18, 2008 08:58 PM PDT jemput mai ke blog saya, kak ... banyaknya novel! | ||
| norz September 29, 2007 09:13 PM PDT OD, akak sihat. Alhamdulillah. Zaman tu mungkin takde lagi org yg tak berperikemanusiaan. Zaman skrg usik sikit dah mengamuk, dah berbunuhan. Manusia yg entah macamana, kita pun tak faham hati mereka yg kejam. Doalah selalu minta dijauhkan... | ||
| norz September 29, 2007 09:09 PM PDT Zettyhani, tu yg akak cerita, biar jadi teladan. Biar org kata kita gila sebab terlampau fanatik jaga anak, asalkan anak2 semua ok. Budak2 memang unpredictable. Sekejap aje diaorg lari sini lari sana, boleh kurus emaknya...!! | ||
| OD September 29, 2007 12:49 AM PDT Salam Kak Norz... risaunya ya... Nasib baik masa tu, tak ada orang gila macam zaman sekarang. masih ramai orang yang prihatin, kan Kak Norz. Sihat ke? | ||
| zettyhani September 28, 2007 07:15 PM PDT Saya pun cemas mengingatinya walaupun bukan terjadi pada saya. Sebab tu saya kalau bawa anak-anak macam orang tak betul, jauh sikit dah terjerit-jerit. Nasib baik terjumpa pada orang yang baik. Alhamdulillah. | ||
| Leave a Comment: |